AGENSI

Johan Setia catat IPU tidak sihat

8 Sep 2019, 2:34 AM
Johan Setia catat IPU tidak sihat

SHAH ALAM, 8 SEPT: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Selangor masih mencatatkan bacaan tidak sihat dan sederhana.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Johan Setia mencatatkan IPU tidak sihat iaitu pada kadar 123.

Manakala, beberapa kawasan lain di tahap bacaan sederhana antara 51 hingga 100.

Antaranya, Kuala Selangor (83); Klang (87); Petaling Jaya (96) dan Banting (88).

Sementara itu, tiga kawasan di Sarawak mencatatkan IPU tidak sihat iaitu Sri Aman (232), Samarahan (204) dan Kuching (227).

Manakala, enam kawasan lain di Sarawak mencatatkan bacaan tidak sihat.

Sebanyak 58 stesen mencatatkan bacaan sederhana seluruh Malaysia.

Terdahulu, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam kenyataan berkata, kualiti udara dijangka akan mencapai tahap tidak sihat.

"Orang awam dinasihatkan supaya mengurangkan dan hadkan aktiviti luar serta meminum air yang banyak.

"Justeru itu, orang awam dinasihatkan juga supaya menggunakan penutup muka (facemask) bagi mengurangkan kesan pencemaran terhadap sistem pernafasan.

"Semua agensi diminta dalam keadaan waspada terhadap risiko berlakunya pembakaran terbuka," katanya.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619