AGENDA

Agong, permaisuri ucap takziah kepada keluarga Mejar Mohd Zahir Armaya

4 Sep 2019, 10:23 AM
Agong, permaisuri ucap takziah kepada keluarga Mejar Mohd Zahir Armaya

KUALA LUMPUR, 4 SEPT: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Mejar Mohd Zahir Armaya, yang meninggal dunia ketika melakukan tugasan rasmi di Kem Lok Kawi, Sabah pagi ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa simpati dan sedih kepada keluarga Allahyarham Mohd Zahir dan menzahirkan harapan agar keluarganya tabah menghadapi suasana pilu serta dugaan daripada Allah SWT.

"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dirahmati oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin," menurut kenyataan itu.

Yang di-Pertuan Agong, yang juga pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), turut menzahirkan penghargaan atas jasa dan sumbangan Allahyarham Mohd Zahir yang berkhidmat sebagai pegawai komando.

Mohd Zahir, 36, pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Lok Kawi, Sabah.

Allahyarham Mohd Zahir, anak kepada pelakon serta pelawak veteran A.R Badul, dilapor meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi ini di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah selepas dimasukkan ke Unit Kecemasan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619