AGENDA

Enam pemain berguru di Jepun

1 Sep 2019, 2:50 AM
Enam pemain berguru di Jepun

SHAH ALAM, 1 SEPT: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar enam pemain untuk menimba pengalaman di Jepun bermula September ini secara berperingkat.

Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata, pemilihan pemain itu dibuat selepas saringan berdasarkan prestasi yang dipantau FAM, Akademi Mokhtar Dahari dan Pengurusan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

"Penempatan pemain berkenaan di negara matahari terbit ini bertujuan memberi pendedahan, pengalaman dan peluang untuk mereka membiasakan diri dengan corak latihan dan permainan, serta cara hidup di sana jika mereka terpilih atau berpeluang untuk beraksi di Liga Jepun pada masa akan datang," katanya dalam kenyataan.

Empat pemain akan menimba ilmu dengan Cerezo Osaka dari 3 hingga 13 September iaitu Luqman Hakim Shamsudin, Muhammad Firdaus Kaironnisam, Harith Haiqal Adam Afkar dan Ali Imran Sukari.

Manakala, Sikh Izhan Nazrel dan Ahmad Zikri Khalili bersama Luqman sekali lagi akan ke JFA Academy dan FC Tokyo pada Oktober depan.

Beliau berkata, kerjasama itu dimeterai ketika delegasi FAM diketuai Presiden, Datuk Hamidin Mohd Amin yang mengadakan perbincangan dua hala dengan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) selama lima hari di Tokyo bermula 26 Ogos lalu.

Kunjungan delegasi FAM itu juga susulan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 5 April lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619