PBT

MPSJ anjur PKMB, santuni golongan kurang mampu

30 Ogos 2019, 4:37 AM
MPSJ anjur PKMB, santuni golongan kurang mampu

SUBANG JAYA, 30 OGOS: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bakal menganjurkan Majlis Penyampaian Sumbangan Program Kesejahteraan Masyarakat Bandar (PKMB) 2019, di Dewan Serbaguna MPSJ USJ7, pada 14 September ini.

Yang Dipertuanya, Noraini Roslan berkata, penganjurannya bertujuan menyantuni dan memberikan sumbangan kepada anak yatim, ibu tunggal, golongan kurang berkemampuan serta orang kelainan upaya (OKU).

"Program itu selaras dengan konsep kemasyarakatan setempat dan mengeratkan hubungan baik yang sedia ada terjalin antara MPSJ, Jawatankuasa Penduduk (JKP) serta penduduk.

"Seramai 15 penerima bakal menerima sumbangan wang tunai sejumlah RM200 setiap seorang bagi setiap 24 JKP MPSJ," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPSJ Bil 8/2019 di Ibu Pejabat MPSJ, di sini, semalam.

Selain itu, pada program sama, Booth Eco Free Market turut dibuka di perkarangan luar dewan berkenaan bagi membolehkan mereka kurang berkemampuan menerima bantuan berbentuk pakaian atau keperluan lain.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619