EXCO

Malaysia perlu pendakwah seperti Zakir Naik - BERSATU Selangor

25 Ogos 2019, 7:07 AM
Malaysia perlu pendakwah seperti Zakir Naik - BERSATU Selangor

PULAU KETAM, 25 OGOS: Malaysia memerlukan pendakwah yang bijak dan handal seperti Dr Zakir Naik untuk berkongsi ilmu berkaitan agama, tegas Pengerusi BERSATU Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari.

Katanya, pendakwah itu mempunyai kemahiran tersendiri termasuk handal dalam ilmu perbandingan agama yang dilihat amat diperlukan masyarakat hari ini.

"Ilmu yang ada pada Dr Zakir Naik perlu dimanfaatkan oleh kita sebaiknya. Pada saya Ustaz Zakir sebelum ini lebih banyak diprovok terutama ketika sesi soal jawab dan melalui sesi sedemikianlah ramai yang salah anggap padanya.

"Pada saya, Malaysia cukup bertuah kerana mendapat tetamu seperti Ustaz Zakir dan jika beliau dihantar balik ke India, sudah tentu ia menjadi satu kerugian.

"Oleh itu, saya menentang cadangan yang menggesanya pulang ke India," katanya kepada SelangorKini.

Pada 22 Ogos lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menegaskan Zakir tidak akan dihantar pulang jika beliau tidak membuat sebarang masalah.

Dr Mahathir juga berkata, Malaysia tidak boleh mengusir Zakir kerana wujud ancaman bunuh terhadap penceramah kontroversi itu selain beliau sudah diberikan taraf penduduk tetap di negara ini.

Penceramah itu kini sedang disiasat polis ekoran kenyataannya semasa berucap di Kelantan, baru-baru ini yang dikatakan berbaur perkauman.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619