EXCO

Selangor angkat seni muzik cempuling

24 Ogos 2019, 3:08 PM
Selangor angkat seni muzik cempuling

SHAH ALAM, 24 OGOS: Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri (PADAT) mengangkat seni muzik cempuling dengan mengetengahkan 25 kumpulan pemuzik buat julung kalinya, hari ini.

EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, muzik cempuling bukan sahaja bertujuan menyebarkan dakwah, malah ia dimainkan ketika lagu keramaian, sekali gus membolehkannya diketengahkan sebagai identiti Selangor.

Justeru, katanya, cempuling sewajarnya menjadi warisan dan kebudayaan negeri yang harus dipelihara serta dihayati terutama generasi muda.

"Umum mengetahui bahawa Selangor kaya dengan pelbagai jenis muzik warisan antaranya keroncong dan caklempong, namun saya percaya masih ramai kurang tahu atau cakna berhubung kewujudan muzik cempuling yang menjadi amalan sebahagian masyarakat di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pertandingan Seni Muzik Cempuling di Teater Shah Alam.

Pertandingan yang terbahagi kepada kategori sekolah dan terbuka itu memerlukan peserta menyanyikan lagu wajib iaitu Elir-elir, Tombo Ati, Assalamualaikum, Selawat serta dua lagi berkonsepkan dakwah dan nasihat.

Abdul Rashid berkata, pihaknya mahu supaya pelajar dan orang ramai diberi pendedahan berhubung hiburan tradisional cempuling yang wajar diketengah dan diwarisi segenap lapisan masyarakat.

Katanya, pertandingan itu juga bagi mencungkil serta mengasah bakat dalam kalangan anak muda dan pada masa sama membawa bakat sedia ada ke peringkat lebih tinggi.

"Bagi mewujudkan pelapis baru, Kerajaan Negeri turut menyumbangkan 10 set cempuling kepada sekolah di Selangor dan mereka dilatih oleh pemuzik berpengalaman.

"Kepada pemuzik cempuling, teruskan berkarya dan berikanlah persembahan memukau bukan hanya kepada rakyat Selangor, malah pelancong seluruh pelusuk dunia," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619