AGENDA

SPRM seru ahli politik, ahli majlis isyithar harta

19 Ogos 2019, 5:58 AM
SPRM seru ahli politik, ahli majlis isyithar harta

SHAH ALAM, 19 OGOS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyeru ahli politik yang mempunyai akses kepada dana awam supaya mengisytiharkan harta masing-masing sebagai usaha mengekang berlakunya rasuah.

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, langkah itu juga perlu bagi mengelak persepsi bahawa seseorang ahli politik itu terbabit dalam kegiatan berkaitan.

Katanya, pendekatan sama perlu dilakukan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana negeri juga mempunyai sumber kewangan yang tinggi.

"Saya ingin tekankan ahli politik mempunyai akses kepada dana awam yang mendapat peruntukan kawasan dan sebagainya tetap dikehendaki untuk mengisytihar harta.

"SPRM juga menyeru setiap Kerajaan Negeri bukan sahaja Selangor untuk isytihar harta yang mana tidak terhad kepada EXCO tetapi juga kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Majlis (PBT)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz di sini, hari ini.

Latheefa sebelum itu menyaksikan Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan turut disertai EXCO Kerajaan Negeri.

Sehingga 15 Ogos lalu, terdapat 44 jabatan, tiga anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC) dan masing-masing dua syarikat swasta serta persatuan di Selangor sudah menandatangani IBR.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619