AGENDA

Rugi RM12,500 akibat 'majistret' palsu

17 Ogos 2019, 2:59 AM
Rugi RM12,500 akibat 'majistret' palsu

KUANTAN, 17 OGOS: Panik dihubungi 'majistret' menyebabkan seorang peniaga pasar malam kehilangan wang simpanan berjumlah RM12,500 selepas memindahkannya ke akaun individu tidak dikenali.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang berusia 45 tahun mendakwa ‘majistret’ bernama Suraya, kononnya berkhidmat di Terengganu menghubunginya pada 3 petang, Khamis lepas.

'Majistret' itu mendakwa mangsa mempunyai kes tunggakan kad kredit berjumlah RM10,000 di mahkamahnya dan perlu membuat bayaran jika mahu menyelesaikan kes tersebut segera.

"Selang beberapa jam kemudian, suspek sekali lagi menghubungi mangsa bagi memberi arahan untuk ke bank berhampiran bagi mendepositkan wang sebanyak RM2,500.

"Mangsa kemudiannya diarahkan untuk menunggu panggilan pada Jumaat, yang mana suspek sekali lagi memberi arahan melalui telefon untuk memasukkan duit ke dalam akaun yang diberikan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa mula curiga apabila 'majistret' itu terus memutuskan panggilan setelah transaksi perbankan tamat, menyebabkan dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan dekat sini, semalam.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619