AGENDA

Selangor pertama guna kaedah sains sukan, tubuh pusat latihan sukan daerah

10 Ogos 2019, 11:58 AM
Selangor pertama guna kaedah sains sukan, tubuh pusat latihan sukan daerah

BANGI, 10 OGOS: Selangor merupakan negeri pertama yang menggunakan pendekatan sains sukan pada sekitar tahun 2006 hingga 2007 dalam membangunkan muda atlet negeri itu.

Bagaimanapun, Institut Sukan Negara (ISN) selepas itu mula menggorak langkah menggunakan kaedah sama sebelum berkembang ke negeri-negeri lain.

Dato' Menteri Besar Amirudin Shari berkata, Selangor kemudiannya pada tahun 2015 memperkenalkan pusat sukan di setiap daerah bagi mencungkil bakat baharu.

"Ketika itu kita mempunyai kelebihan tetapi keistimewaan kita tiada lagi selepas ISN turut menggunakan kaedah sama.

"Oleh kerana itu, pada tahun 2015 ketika saya menjadi EXCO Sukan, kita ketengahkan idea pembukaan pusat latihan sukan daerah ketika negeri lain pembangunan bakat masih tertumpu di pusat sukan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) Ke-13 di RHR Hotel Uniten Bangi, di sini, hari ini.

Amirudin berkata, kejayaan Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor mewujudkan pusat-pusat latihan sukan di kesemua sembilan daerah telah membuka peluang atlet untuk mengembangkan bakat sambil dibimbing jurulatih berpengetahuan dan berpengalaman.

Amirudin berharap lebih banyak penglibatan Pihak Berkuasa Tempatan untuk membantu menggilap bakat-bakat baru di peringkat akar umbi.

"Mengekalkan kecemerlangan sukan bukan mudah kerana bukan sahaja melibatkan atlet tetapi semua pihak seperti sekolah, kerajaan dan seluruh lapisan masyarakat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619