AGENDA

Belanjawan 2020: Rakyat boleh beri cadangan di laman sesawang khas

8 Ogos 2019, 7:33 AM
Belanjawan 2020: Rakyat boleh beri cadangan di laman sesawang khas

PUTRAJAYA, 8 OGOS: Orang ramai dipelawa untuk menyumbang cadangan masing-masing bagi penyediaan input Belanjawan 2020 secara dalam talian di laman sesawang khusus - belanjawan2020.treasury.gov.my mulai 9 Ogos sehingga 11 September ini.

Belanjawan 2020 akan dibentangkan pada 11 Oktober ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ia bagi membolehkan semua lapisan masyarakat turut sama terbabit mengemukakan pandangan selaras dengan usaha kerajaan membina negara dan menyejahterakan rakyat.

"Justeru, rakyat boleh menggunakan pelbagai saluran untuk berkongsi input atau cadangan di laman sesawang khas belanjawan2020.treasury.gov.my dan menggunakan tanda pagar #belanjawan2020 di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sejajar usaha itu, Guan Eng berkata, kerajaan sudah menganjurkan Majlis Konsultasi Bajet iaitu forum utama untuk pelbagai pihak mewakili sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi menyumbang idea serta cadangan konstruktif untuk dipertimbang sebagai input dalam merangka strategi juga langkah berkaitan belanjawan.

"Di samping itu, beberapa siri konsultasi kumpulan fokus akan turut diadakan bersama kerajaan negeri seperti Johor, Kedah, Perak dan Sabah serta kementerian bermula esok (9 Ogos)," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619