AGENDA

Komuniti setempat diminta sokong kempen 'Sayangi Sawitku'

3 Ogos 2019, 5:48 AM
Komuniti setempat diminta sokong kempen 'Sayangi Sawitku'

KUALA LUMPUR, 3 OGOS: Kerajaan berharap dapat memperluaskan kempen 'Sayangi Sawitku’ kepada seluruh masyarakat du negara ini dalam usaha meraih sokongan terhadap hasil serta produk komoditi berkenaan.

Sehubungan itu, Menteri Industri Utama, Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, persatuan di peringkat komuniti perlu memainkan peranan masing-masing bagi menggalakkan lebih banyak sokongan awam terhadap kempen serta produk minyak sawit negara.

“Salah satu persatuan itu terdapat di Seputeh iaitu Persatuan Penduduk Taman Desa yang aktif mempromosikan kesedaran berhubung khasiat dan kebaikan minyak sawit serta produknya.

"Ini juga adalah satu usaha pendidikan," katanya kepada pemberita selepas sidang media prapelancaran acara 'Merdeka Fun Run 2019' bagi kempen Sayangi Sawitku, di sini, hari ini.

Teresa berkata, beliau juga sudah menulis kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada bulan lalu supaya maklumat berhubung khasiat dan manfaat nutrisi minyak sawit dimasukkan ke dalam silibus pendidikan sekolah.

Acara sehari 'Merdeka Fun Run' yang akan diadakan 24 Ogos ini akan turut mengetengahkan pameran minyak sawit oleh pihak Majlis Minyak Sawit Malaysia.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619