AGENDA

KPKT cadang kerjasama KBS, latih penduduk PPR sertai sukan

19 Jul 2019, 10:49 AM
KPKT cadang kerjasama KBS, latih penduduk PPR sertai sukan
KPKT cadang kerjasama KBS, latih penduduk PPR sertai sukan

PETALING JAYA, 19 JUL: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bercadang untuk jalin kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi melatih penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang berminat untuk menjadi jurulatih sukan.

Ketua Setiausaha KPKT, Mohammad Mentek berkata, cadangan itu ekoran daripada kerja menaik taraf gelanggang sukan di tiga PPR membabitkan PPR Lembah Subang 1, Seri Cempaka dan Perumahan Awam Seri Kedah.

Katanya, beliau optimis apabila gelanggang sukan itu sudah berwajah baharu ia akan memberi semangat kepada penduduk untuk menjalankan aktiviti sukan dengan lebih aktif.

"Melalui program itu kelak, penduduk PPR yang berminat akan dilatih oleh KBS untuk menjadi jurulatih sukan contohnya badminton dan futsal seterusnya akan melatih belia di PPR masing-masing.

"Menerusi usaha ini, secara tidak langsung kita dapat membudayakan 'Gaya Hidup Sihat' dan seterusnya kita juga boleh menganjurkan Karnival Sukan Antara PPR yang mampu mengintegrasikan hubungan komuniti melalui aktiviti sukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pecah Tanah sempena Program Sayangi Rumahku di PPR Lembah Subang di sini, hari ini.

Terdahulu, gelanggang sukan itu dinaik taraf menerusi inisiatif EdgeProp.my-Paramount Property Sayangi Rumahku membabitkan kerjasama tiga sektor swasta antaranya EdgeProp Malaysia, Paramount Property Development Sdn Bhd dan Nippon Paint Malaysia.

Inisiatif EdgeProp.my-Paramount Property Sayangi Rumahku ditubuhkan bagi menyokong Dasar Komuniti Negara (DKN) yang dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 17 Februari lalu.

Dasar ini diperkenalkan KPKT untuk mewujudkan komuniti dan generasi mampan khususnya di kawasan perumahan berstrata serta memberi manfaat buat golongan B40.

FOTO: REMY ARIFIN (SELANGORKINI)

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619