SELANGOR

MB terima kunjungan hormat KP JPA

10 Jul 2019, 10:24 AM
MB terima kunjungan hormat KP JPA
MB terima kunjungan hormat KP JPA

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 10 JUN: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Borhan Dolah di pejabatnya, semalam.

Amirudin berkata, beliau teruja dengan kesediaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk bekerjasama lebih erat bersama Kerajaan Selangor.

"Semoga jalinan kerjasama dan sinergi antara JPA dan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor akan terus mantap demi kelangsungan perkhidmatan awam Selangor dan Persekutuan.

"Ia juga demi ke arah merealisasikan agenda Selangor Maju Bersama," tulisnya di facebook.

Hadir sama pada pertemuan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Nor Azmie Diron.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619