SELANGOR

MDKL: Tiada lagi kutipan sisa pukal dan kebun

10 Jul 2019, 8:35 AM
MDKL: Tiada lagi kutipan sisa pukal dan kebun

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 10 JUL: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mengumumkan tiada lagi kutipan sisa pukal di kawasan pentadbirannya selepas ini.

MDKL dalam kenyataan memaklumkan, ia berikutan sisa pukal itu tidak termasuk dalam skop kerja kutipan sampah di kawasan terbabit.

Katanya, sisa pukal itu antaranya termasuklah tilam, perabot, barangan elektronik, tayar buruk dan sisa kebun.

"MDKL hanya menyediakan perkhidmatan kutipan sisa domestik yang dilaksanakan setiap tiga kali seminggu.

"Oleh itu, MDKL tidak akan membuat sebarang pembersihan terhadap sisa pukal yang ditinggalkan bersama sisa domestik," menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, MDKL turut mengingatkan orang ramai yang ingin membuang sisa pukal dan kebun menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran MDKL di talian 03-3180 3154 untuk maklumat lanjut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619