SELANGOR

Perkasa TVET, tangani lambakan buruh asing

9 Jul 2019, 9:25 AM
Perkasa TVET, tangani lambakan buruh asing
Perkasa TVET, tangani lambakan buruh asing
Perkasa TVET, tangani lambakan buruh asing

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

BANGI, 9 JUL: Kerajaan Negeri akan terus memperkasa Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khususnya terhadap generasi muda sebagai langkah mengurangkan lambakan pekerja asing yang memonopoli industri pembinaan serta pembuatan di Selangor.

Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Azmie Diron berkata, pendidikan TVET mampu melahirkan keupayaan tenaga kerja kepada bentuk automasi memandangkan kebanyakan industri di negara ini masih bergantung kepada bentuk pekerjaan manual.

"Kita bergerak sejak 2016 untuk menunjukkan satu cita-cita mengembangkan lagi pendidikan TVET kerana kebanyakan warga asing banyak terbabit dalam sektor 3D (Dirty, Difficult & Dangerous).

"Apabila kita mengembangkan TVET, pada akhirnya keupayaan tenaga kerja adalah kepada bentuk automasi dan akhirnya automasi adalah jawapan kepada pengurangan pekerja asing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi Dialog Bajet 2020 Kluster Pendidikan bertemakann Hab Pendidikan Holistik: Pemacu 'Selangor Maju Bersama', di Grand Ballroom, Tenera Hotel, di sini hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Negeri Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar mengajukan beberapa pertanyaan yang antara lain menggesa Kerajaan Negeri supaya memberi fokus terhadap aspek melengkapkan kemahiran graduan TVET bagi memenuhi pasaran kerja sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.

Pada masa sama, Azmie berkata, sekiranya kaedah automasi tidak diaplikasi dalam mana-mana industri, Malaysia akan ketinggalan kerana negara-negara serantau lain semakin giat membangunkan Industri 4.0 (IR4.0).

Katanya, negara turut dibelenggu kepada keperluan menggunakan tenaga buruh asing berikutan sektor pembuatan dan pembinaan adalah salah satu industri yang memerlukan lebih ramai tenaga kerja dalam menghasilkan produk serta perkhidmatan.

"Ia adalah pekerjaan yang 'Labor Intensive' jadi kemungkinan lebih banyak buruh-buruh asing diperlukan di negara kita dan, jadi ini yang kita mahu elakkan.

"Kaedahnya adalah menggunakan automasi atau menggunakan mantera baharu iaitu IR4.0 dengan mengautomasi kerja yang dibuat secara rutin dan ianya dilaksanakan daripada tenaga buruh manusia kepada menggabungkan mesin ataupun robot," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619