NASIONAL

Penyelidikan perubatan tradisional masih minimum

8 Jul 2019, 11:08 PM
Penyelidikan perubatan tradisional masih minimum

KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Universiti dan institusi tempatan perlu meningkatkan usaha untuk menjalankan penyelidikan berhubung Perubatan Tradisional dan Komplementari (T & CM) di Malaysia, yang menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye masih berada di peringkat minimum.

Beliau berkata, penyelidikan saintifik mengenai perubatan tradisional tempatan adalah penting untuk pangkalan data domestik kerana ia mempunyai akar umbi sejarah dan budaya yang kukuh serta sesuai dengan suasana setempat.

"Kita perlu mengumpul data berkenaan dari penyelidikan menggunakan sampel kita sendiri kerana Malaysia adalah negara tropika dengan latar belakang berbilang etnik dan berbilang budaya," katanya dalam ucapannya pada majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA), di sini semalam.

Memorandum itu ditandatangani Presiden Universiti Tunku Abdul Rahman, Prof Datuk Dr Chuah Hean Teik; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Hai-O Enterprise Berhad, Tan Kai Hee dan presiden Hospital Tung Shin, Tan Sri Khoo Chai Kaa.

Melalui perjanjian itu, ketiga-tiga pihak bakal bekerjasama dalam projek penyelidikan bersama untuk menentukan pembedaan sindrom pesakit kanser payudara yang dirawat melalui bahan ubatan-ubatan tradisional Cina.

Boon Chye berkata, walaupun sistem penjagaan kesihatan negara banyak berasaskan perubatan barat konvensional, namun T & CM digunakan dan dimanfaatkan secara meluas.

"Dalam laporan NHMS (Tinjauan Kesihatan Kesihatan dan Morbiditi) 2015, 29 peratus daripada Malaysia dilaporkan pernah menggunakan T & CM," katanya.

Sehingga kini, Malaysia mempunyai 15 hospital awam yang menyediakan amalan T & CM meliputi akupunktur, ubat herba sebagai terapi adjunktif untuk kanser dan terapi tradisional selepas bersalin.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619