NASIONAL

ADN Sungai Rambai ditahan SPRM

8 Jul 2019, 10:07 AM
ADN Sungai Rambai ditahan SPRM

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 8 JUL: Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dana.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, Hasan adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JEPERUN) Sungai Rambai ditahan bersama kerani JEPERUN, Khuzaimah Abdullah.

"Kedua-dua mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin SPRM namun perlu hadir ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh untuk menghadapi pertuduhan esok," katanya dalam kenyataan.

Latheefa berkata, kes terbabit dikaitkan dengan Inisiatif Strategic Linkage di bawah Program Strategik Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) pada 2016.

Hasan yang juga ADN Barisan Nasional adalah bekas EXCO Melaka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619