SELANGOR

Anugerah bukti Selangor miliki pelancongan serba lengkap

8 Jul 2019, 9:51 AM
Anugerah bukti Selangor miliki pelancongan serba lengkap

OLEH NAZLI IBRAHIM

HULU SELANGOR, 8 JUL: Anugerah Destinasi Pelancongan Terbaik 2018 dimenangi Tourism Selangor membuktikan Selangor memiliki produk pelancongan serba lengkap meliputi semua segmen seperti eko pelancongan, membeli belah, rekreasi dan sukan.

EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, anugerah oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) itu disampaikan pada MTC Gold Award pada November tahun lalu berikutan kejayaan Tourism Selangor mempopularkan produk pelancongan terbaharu iaitu Sky Mirror dan Selangor Fruit Valley.

Beliau berkata, maka tidak hairan Selangor sering menjadi tumpuan operator pelancongan luar negara.

"Semasa saya di Jepun untuk mempromosi pelancongan negeri ini, kami mendapat sambutan sangat baik operator di sana.

"Mereka sedia membantu mempromosikan Selangor kepada pelancong yang ingin melancong ke Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Pemurnian Pelancongan Selangor (P3S) di Taman Tasik Milenium, Kuala Kubu Bharu di sini, hari ini.

Abdul Rashid berkata, operator pelancongan Jepun turut memasukkan Selangor dalam laman sesawang bahasa Jepun bagi tujuan mempromosikan destinasi pelancongan negeri ini.

Katanya, beliau yakin sasaran 10 juta pelancong datang ke Selangor tahun ini mampu dicapai berikutan usaha keras Tourism Selangor dan pengusaha produk pelancongan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619