NASIONAL

Op Noda: Wanita sanggup teman 'kekasih' dalam black maria

7 Jul 2019, 11:07 PM
Op Noda: Wanita sanggup teman 'kekasih' dalam black maria

KUALA LUMPUR, 8 JULAI: Akibat dipercayai terperangkap dengan cinta kaum sejenis, seorang wanita cuba merayu kepada polis supaya melepaskan kekasihnya yang disyaki seorang wanita pelayan pelanggan (GRO) yang ditahan dalam serbuan Op Noda di sebuah premis kelab malam Jalan Klang Lama di sini, awal pagi semalam.

Wanita berasal dari Kuala Selangor yang berusia 23 tahun itu juga sanggup menaiki lori tahanan 'black maria' kerana mahu menemani kekasihnya yang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk tindakan.

Namun, kesemua rayuan wanita berkenaan langsung tidak diendahkan anggota polis yang bertugas dan memintanya untuk ke IPD berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa, berkata premis hiburan itu diserbu selepas didapati beroperasi tanpa lesen dan disyaki menyediakan khidmat GRO dalam kalangan wanita warga asing.

Rusdi berkata, keseluruhan 78 wanita disyaki GRO berusia 19 hingga 38 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira 12.50 malam itu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati 72 daripada wanita warga asing yang ditahan adalah warga Thailand, Laos (5) dan seorang warga China. Kami turut merampas pelbagai barang antaranya peralatan audio, resit jualan serta wang tunai.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 6(1) Akta Imigresen, Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen serta Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619