NASIONAL

Khazanah perluas pendedahan pelaburan di AS

6 Jul 2019, 6:43 AM
Khazanah perluas pendedahan pelaburan di AS

KUALA LUMPUR, 6 JUL: Khazanah Nasional Bhd meluaskan pendedahannya di Amerika Syarikat (AS) dengan mengenal pasti pelaburan dalam sebahagian besar firma teknologi yang menggunakan analitis data.

Timbalan Pengarah Urusan dan Ketua Pelaburannya, Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin berkata, pada masa ini pendedahan di negara ini masih agak kecil, dan oleh itu dana kekayaan negara itu sedang mengenal pasti teknologi yang berpotensi untuk dibawa balik dan dilgunakan di Malaysia.

"Kami mempunyai pelaburan dalam syarikat yang sebenarnya pakar dalam analitisis data, namun apa yang kami ketahui di AS, terutama syarikat biasa sekali pun, menggunakan analitisi data ini dalam membuat keputusan harian mereka.

"Oleh itu, saya jangkakan ia semakin berkembang dan banyak syarikat besar sudah melakukannya," katanya kepada Bernama di luar persidangan Kerja Masa Hadapan di sini hari ini.

Beliau berkata, Khazanah juga akan terus melabur secara aktif di Malaysia, negara-negara Asia Tenggara, serta China dan India.

Mengenai pegangan Khazanah dalam aset strategik, Tengku Azmir berkata: "Kami pasti akan memegang peratusan minimum dalam tempoh tertentu, namun untuk aset lain, kami akan melabur dan melepaskan.

'’Kami mempunyai mandat baharu sejak beberapa bulan, yang kini berjalan lancar dari segi pelaksanaannya yang melibatkan usaha mengimbangi sebahagian portfolio kami hari ini dan juga mengurangkan sebahagian daripada hutang kami," katanya.

Khazanah pada Mac mengumumkan bahawa ia akan memecah portfolionya, dengan aset komersil yang membentuk 70 peratus, selain mahu melepaskan beberapa atau kepentingan penuh dalam syarikat pada masa dan harga yang tepat.

Baki 30 peratus aset terdiri daripada aset strategik seperti Malaysia Airlines Bhd (MAS), Tenaga Nasional Bhd dan Telekom Malaysia Bhd,,

Namun, Tengku Azmir enggan mengulas mengenai nasib MAS.

Baru-baru ini, pengasas bersama AirAsia Group Bhd, Datuk Pahamin Ab Rajab menyatakan minat untuk memulihkan syarikat penerbangan negara yang sakit itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619