NASIONAL

Dr Mahathir ucap selamat tunai ibadah haji

4 Jul 2019, 11:59 PM
Dr Mahathir ucap selamat tunai ibadah haji

KUALA LUMPUR, 5 JUL: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada seluruh jemaah Malaysia yang berlepas ke Tanah Suci tahun ini.

“Saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada para tetamu Allah yang mengerjakan ibadah haji tahun ini.

“Semoga peroleh haji yang mabrur dan selamat pulang ke tanah air,” kata beliau dalam catatan di akaun Twitter dan Facebooknya.

Kumpulan pertama 483 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pagi semalam dengan penerbangan Malaysia Airlines.

Operasi haji tahun ini yang membabitkan 30,200 jemaah akan melibatkan 62 penerbangan dengan yang terakhir dijadual berlepas pada 4 Ogos. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619