SUKANKINI

Selepas Liridon, De Paula, dua lagi pemain Eropah dinaturalisasikan?

4 Jul 2019, 11:51 PM
Selepas Liridon, De Paula, dua lagi pemain Eropah dinaturalisasikan?

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 JUL: Selepas mengesahkan kehadiran dua pemain naturalisasi baharu iaitu pemain Melaka United, Liridon Krasniqi dan penyerang Kuala Lumpur, Guilherme De Paula, dua lagi pemain dijangka mengikut jejak sama.

Pemain muda berdarah kacukan Malaysia berpangkalan di Eropah itu dikatakan berminat menyarung jersi Harimau Malaya.

Perkara itu disahkan sendiri Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam seperti dilaporkan Fox Sports kelmarin.

"Dua pemain terbabit, salah seorang berusia 21 tahun dan kini sedang beraksi di Jerman manakala seorang lagi 18 tahun dan beraksi di England.

"Kedua-dua pemain serius untuk dipertimbangkan FAM dalam usaha memperkuatkan skuad Harimau Malaya," katanya.

Katanya, FAM telah menghantar dokumen berkaitan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Selasa lalu untuk dipertimbangkan dan disahkan mempunyai darah keturunan warganegara Malaysia.

Sebelum ini, bintang Pahang kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh dan pertahanan kental Johor Darul Takzim berdarah kacukan Malaysia - Barbados, La-vere Corbin Ong dinaturalisasikan bagi menyarung jersi Harimau Malaya pada pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023.

Selain Sumareh dan Corbin Ong, pemain naturalisasi lain dalam skuad sama adalah Matthew Davis (Pahang).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619