SELANGOR

MBSA: GIFT didik murid taska amal konsep hijau

4 Jul 2019, 8:04 AM
MBSA: GIFT didik murid taska amal konsep hijau
MBSA: GIFT didik murid taska amal konsep hijau
MBSA: GIFT didik murid taska amal konsep hijau

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

SHAH ALAM, 4 JUL: Dalam usaha menjadikan Shah Alam sebuah bandaraya rendah karbon menjelang 2030, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan Bengkel Kempen 'Green Initiative For Taska' (GIFT) di bawah kawasan pentadbirannya.

Datuk Bandar Shah Alam, Dato' Haris Kasim berkata, ia adalah komitmen berterusan pihaknya mendidik generasi muda terutamanya murid-murid taska mengamalkan inisiatif hijau dalam kehidupan seharian.

Katanya, penganjuran GIFT membabitkan kerjasama Persatuan Taska Selangor dan Jabatan Kemajuan Masyarakat Selangor.

 

"Pada masa sama, Taska turut menerapkan silibus pembelajarannya dengan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebagai langkah untuk memberikan pendedahan secara menyeluruh mengenai kepentingan kehidupan hijau.

"GIFT juga adalah kesinambungan program dari Zon Bersih dan Zon Bersih Mini (Mini ZeeBee) MBSA.

“Selain itu, ia selaras dengan usaha MBSA menjadikan Shah Alam Bandaraya Rendah Karbon menjelang 2030," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Perasmian Bengkel Kempen "Green Initiative For Taska (GIFT) di Dewan Auditorium PKNS, Seksyen 14, Bangunan Pentadbiran PKNS, Shah Alam, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan dan PENGARAH,Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA, Asmah Mohd Zain.

Antara pengisian program di kempen berkenaan adalah Taklimat 'Green Initiativr For Taska' daripada Pengarah Hatching Technology Sdn Bhd oleh Rahmat Bayudi.

Selain itu, turut dikongsikan 'Edible Gardening' daripada Pengasas Persatuan Barakah Etika Kepergunaan, oleh Marlina Wong Abdullah bersama Phoon Hui Leng dan Eman Hui, termasuk 'Upcycle' daripada Ketua Fabrisi Biji-Biji intiative, William.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619