SELANGOR

KUIS, Persatuan Peguam Syarie Malaysia jalin kerjasama

3 Jul 2019, 6:50 AM
KUIS, Persatuan Peguam Syarie Malaysia jalin kerjasama

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 3 JULAI: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), baru-baru ini.

KUIS diwakili Timbalan Rektor Pengurusan Korporat (Pembangunan dan Pengantarabangsaan), Dr Zulkifli Abd Hamid, disaksikan Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang KUIS, Dr Mohd Musa Sarip, manakala PGSM diwakili Presidennya, Musa Awang dan disaksikan Mohd Ridhwan Husin.

KUIS dalam kenyataan berkata, melalui MoU itu, PGSM akan bertindak sebagai pusat rujukan bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan guaman syarie di Malaysia, di samping menempatkan pelajar kolej universiti terbabit dalam latihan industri.

Katanya, KUIS dan PGSM juga akan meneroka peluang kerjasama dalam bidang penerbitan serta penyelidikan berkaitan isu terkini membabitkan undang-undang kekeluargaan Islam.

"KUIS juga menyasarkan pembabitan ahli PGSM dalam sesi pembelajaran yang ditawarkan Fakulti Syariah dan Undang-Undang KUIS.

"Ini kerana kepakaran dan pengalaman peguam Syarie ini amat diperlukan bagi memastikan kurikulum program yang ditawarkan KUIS memenuhi kehendak dan keperluan industri di Malaysia," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Dr Zulkifli berkata, seramai 38 klien mendapatkan khidmat nasihat hasil daripada klinik rundingcara yang dijalankan KUIS, pada 2018.

"Manakala sehingga Jun 2019, seramai 32 klien sudah mendapatkan perkhidmatan ini dan ia dijangka akan terus meningkat.

"Sepanjang operasinya, Klinik Rundingcara Guaman Syariah dan Undang-Undang KUIS ini mendapat sambutan menggalakkan daripada warga KUIS dan orang awam," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619