NASIONAL

Tiada tawaran rasmi Maju Holdings ambil alih PLUS

2 Jul 2019, 9:52 AM
Tiada tawaran rasmi Maju Holdings ambil alih PLUS

KUALA LUMPUR, 2 JUL: Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata kementeriannya tidak menerima sebarang tawaran rasmi daripada Maju Holdings Sdn Bhd (Maju Holdings) untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd (PLUS).

“Bagi saya kementerian tidak terima sebarang cadangan secara rasmi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas laporan media berhubung syarikat berkenaan mengemukakan tawaran baharu untuk mengambil alih PLUS.

Maju Holdings yang dikuasai ahli perniagaan Tan Sri Abu Sahid Mohamed dilapor pernah membuat tawaran sebanyak RM36 bilion untuk mengambil alih PLUS pada 2017.

Kementerian Kewangan ketika itu berkata kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk melepaskan pegangan dalam PLUS kepada Maju Holdings dan memandang serius kedudukan kewangan serta kemampuan entiti persendirian seperti Maju Holdings untuk membiayai cadangan pengambilalihan korporat itu. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619