SELANGOR

LUAS wujud landskap kehidupan, inovasi unik

1 Jul 2019, 7:39 AM
LUAS wujud landskap kehidupan, inovasi unik

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA SELANGOR, 1 JUL: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mewujudkan Landskap Kehidupan (LUAS Rotary Peace Park Malaysia) di Kolam 1 Off River Storage (ORS), Bestari Jaya, di sini.

Ahli Dewan Negeri Permatang, Rozana Zainal Abidin berkata, ORS Bestari Jaya antara lokasi terpilih bagi melaksanakan landskap kehidupan kerana konsep 'off river storage' yang dilihat mampu untuk direplikasikan di tempat lain.

Katanya, inovasi pembangunan landskap kehidupan dalam sumber air alternatif di ORS Bestari Jaya berjaya mengurangkan kos pembangunan landskap dengan menggunakan konsep gotong-royong membabitkan komuniti setempat dan pelbagai agensi serta pertubuhan bukan kerajaan seperti Kelab Rotary.

"Dengan adanya inovasi sebegini ia berjaya membuktikan bahawa pengurusan sumber air secara holistik, mampan dan memberi pelbagai faedah kepada komuniti setempat dan alam sekitar serta berpotensi dikembangkan ke seluruh negara.

"Tahniah saya ucapkan kepada LUAS dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) kerana berjaya menghasilkan ciptaan inovasi yang unik ini.

"Hal ini sejajar dengan matlamat LUAS dan MDKS sebagai agensi rujukan dalam pengurusan sumber air serta pembandaran lestari di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Landskap Kehidupan LUAS Rotary Peace Park Malaysia) di Kolam 1 ORS Bestari Jaya, di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Pemangku Pengarah LUAS, Haslina Amer berkata, inovasi itu juga berpotensi menjadi peneraju era baharu pengurusan dalam menyelaras kawasan sumber air dengan membenarkan aktiviti rekreasi yang terkawal.

"Ini mampu memberikan manfaat sosial kepada masyarakat dan pada masa sama sumber air dapat digunakan apabila diperlukan.

"Malah, selain mengangkat konsep ORS untuk bekalan air, ia juga dipelbagaikan fungsinya dengan pembangunan sebagai tempat sukan air, pendidikan, latihan dan rekreasi sumber air negeri," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619