SELANGOR

Isu papan tanda Mandarin di Tanjung Sepat diumum minggu depan

29 Jun 2019, 1:38 AM
Isu papan tanda Mandarin di Tanjung Sepat diumum minggu depan

KUALA SELANGOR, 29 JUN: Keputusan sama ada papan tanda jalan dalam bahasa Mandarin yang dipasang di Tanjung Sepat, Kuala Langat akan diturunkan atau tidak akan diumumkan minggu hadapan, kata Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari.

Katanya isu berhubung papan tanda berkenaan yang menjadi hangat sejak minggu lalu sudah dibincangkan dan diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), pada Rabu lalu.

"Saya akan unum nanti, kita sudah buat keputusan dalam MMKN, tetapi kita harus menetapkan dan memutuskan minit tersebut terlebih dahulu.

"Saya juga sudah mengadakan pertemuan dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung perkara ini, dan keputusannya akan diumum minggu hadapan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bridge of Dreams di Eco Grandeur, di sini.

Turut hadir Pengerusi EcoWorld, Tan Sri Liew Kee Sin dan EXCO Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman.

Papan tanda itu menjadi isu apabila ia memaparkan tulisan bahasa Mandarin dan Sultan Sharafuddin pada November tahun lalu menitahkan supaya ia diturunkan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619