NASIONAL

Amal bakal bawa 20,000 jemaah haji

25 Jun 2019, 7:55 AM
Amal bakal bawa 20,000 jemaah haji

SEPANG, 25 JUN: Amal, cabang penerbangan Haji dan Umrah Malaysia Airlines Bhd (MAB) bersedia mengendalikan sehingga 20,000 jemaah bagi musim haji tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Amal, Hazman Hilmi dalam kenyataan berkata, penerbangan pertama dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah dan Madinah, Arab Saudi pada 4 Julai depan.

Katanya, Amal akan menambah sehingga 40 penerbangan di antara Kuala Lumpur dan Jeddah serta Madinah menggunakan pesawat A380-800 bagi fasa haji pertama dari 4 Julai hingga 5 Ogos.

Syarikat penerbangan itu juga akan mengendalikan sehingga 70 penerbangan pengantara menggunakan pesawat B737-800 untuk membawa jemaah haji dari Alor Setar, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuching, Kuala Terengganu ke KLIA.

“Amal akan menggunakan pesawat A380-800 yang luas, dikonfigurasikan dengan ciri-ciri unik dalam pesawat yang disediakan untuk jemaah seperti talbiyah, doa musaffir, azan dan tazkirah, serta pengumuman miqat untuk memastikan pengalaman haji bermula pada saat mereka masuk ke dalam pesawat," katanya.

Katanya, memandangkan jemaah haji biasanya golongan berusia dan 70 peratus daripada mereka kali pertama menaiki pesawat, syarikat penerbangan itu yakin kru pesawat dan kakitangan darat terlatih dapat berkhidmat kepada jemaah haji dengan perkhidmatan tahap tertinggi.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619