NASIONAL

Elaun kritikal bomba, KPKT tunggu kata putus PM

22 Jun 2019, 2:17 PM
Elaun kritikal bomba, KPKT tunggu kata putus PM

JASIN, 22 JUN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menunggu kata putus daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pemberian elaun kritikal sebanyak RM200 sebulan kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) seperti diberikan kepada anggota tentera dan polis.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata beliau akan membawa semula permintaan itu kepada Perdana Menteri.

“Saya yakin ia dapat dilaksanakan namun memerlukan sedikit masa. Saya berharap anggota bomba seluruh negara dapat bersabar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Perdana Aidilfitri anjuran Gabungan NGO Penggerak Dasar Komuniti Negara KPKT di Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari.

Majlis itu turut dihadiri anggota Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar Melaka Ginie Lim Siew Lin dan Pengarah JBPM Negeri Mohammad Zin Salleh.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata pemberian elaun kritikal itu dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 14,000 anggota bomba dan penyelamat di seluruh negara. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619