NASIONAL

20 hingga 30 peratus KRT, SRS seluruh negara tidak aktif

22 Jun 2019, 9:13 AM
20 hingga 30 peratus KRT, SRS seluruh negara tidak aktif

BACHOK, 22 JUN: Kira-kira 20 hingga 30 peratus daripada 8,400 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) tidak aktif selepas perubahan tampuk kepimpinan negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik berkata berikutan itu, kerajaan akan mengenal pasti punca sebenar masalah berkenaan berlaku.

"Tinjauan oleh pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) mendapati ada KRT yang akftif, medium aktif dan tidak aktif.

“Justeru, kami di peringkat kementerian telah mengambil pendekatan membuat jelajah dari negeri ke negeri untuk memberi kefahaman bahawa dasar penubuhan KRT dan SRS masih diteruskan walaupun berlaku perubahan dalam kerajaan Persekutuan," katanya selepas merasmikan Majlis Jalinan Kasih dan Sambutan Aidilfitri di sini, hari ini.

Md Farid berkata KRT dan SRS yang ditubuhkan sejak 40 tahun lepas adalah instrumen paling penting bagi JPNIN untuk mencapai matlamat utama kerajaan menyatupadukan masyarakat majmuk di negara ini.

Beliau berkata kementeriannya masih berusaha untuk mendapatkan dana mencukupi daripada kerajaan untuk membantu KRT dari segi bantuan kewangan.

Katanya KRT dan SRS juga perlu mengadakan kerjasama erat dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619