SELANGOR

‘Morib Fun Run 2019’ tawar hadiah wang tunai, telefon pintar

22 Jun 2019, 2:57 AM
‘Morib Fun Run 2019’ tawar hadiah wang tunai, telefon pintar

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

BANTING, 22 JUN: Orang ramai berpeluang meraih hadiah wang tunai dan telefon pintar menerusi acara larian ‘Morib Fun Run 2019’ anjuran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) di Dataran Pantai Morib, di sini, pada 16 September.

MDKL dalam kenyataan memaklumkan, penyertaan masih dibuka kepada semua yang berminat sehingga ‪30 Ogos‬ dengan bayaran penyertaan serendah RM30.

"Semua peserta larian sejauh lima kilometer ini akan menerima baju-T dan medal serta hadiah wang tunai bernilai RM150 (pertama) RM100 (kedua) dan RM50 (ketiga).

"Peserta turut berpeluang memenangi sebuah telefon pintar, sebuah televisyen bersaiz 40 inci dan lima buah basikal dalam cabutan bertuah," katanya.

Pendaftaran secara dalam talian masih boleh dibuat di www.runaway.com.my atau hubungi Jabatan Pembangunan Masyarakat di ‪03-3180 3140‬ untuk sebarang maklumat lanjut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619