PENDIDIKAN

UNISEL lantik 31 MPP, landasan lahir pemimpin kaliber

22 Jun 2019, 12:13 AM
UNISEL lantik 31 MPP, landasan lahir pemimpin kaliber
UNISEL lantik 31 MPP, landasan lahir pemimpin kaliber
UNISEL lantik 31 MPP, landasan lahir pemimpin kaliber

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 22 JUN: Universiti Selangor (UNISEL) melantik 31 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2019/2020 di Dewan Senat, UNISEL Bestari Jaya, di sini, pada 20 Jun lalu.

Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, beliau berharap MPP yang dilantik dapat menggunakan peluang itu sebagai landasan untuk menjadi pemimpin berkaliber dan bergerak lebih maju ke hadapan.

"Besar harapan saya barisan MPP UNISEL yang baharu dapat menggalas cabaran ini dengan penuh semangat dan memainkan peranan yang penting dalam menyantuni semua pelajar menerusi minat yang kepelbagaian," katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, beliau turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan MPP UNISEL sesi 2018/2019 atas sumbangan dan perkhidmatan yang diberikan.

Terdahulu, pada majlis berkenaan, Dr Mohammad Redzuan turut menyampaikan penyerahan Watikah Pelantikan Kepada MPP UNISEL Sesi 2019/2020.

Lafaz bacaan ikrar juga berlangsung dengan diketuai oleh Presiden MPP sesi 2019/2020, Muhammad Faqih Damarulan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619