SELANGOR

Tiada kompromi premis, rumah tiada tong sampah

20 Jun 2019, 12:20 AM
Tiada kompromi premis, rumah tiada tong sampah

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

SHAH ALAM, 20 JUN: Pihak premis komersial dan kediaman di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa disaran mengatasi masalah kebersihan dengan penggunaan tong sampah di kawasan masing-masing.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa, G Gunarajah berkata, pihaknya dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak akan berkompromi dalam isu berkaitan dan tindakan bakal diambil sekiranya pihak terbabit mengabaikannya.

"Kita mengenal pasti beberapa kawasan utama berkenaan isu ini memandangkan ketiadaan tong sampah di premis komersial dan kawasan perumahan menjadi punya utama masalah sampah di tempat berkenaan.

"Kita tidak boleh menyalahkan penduduk kerana ketiadaan tong sampah di rumah mereka tetapi tabiat sesetengah penduduk suka membuang sampah merata tempat menjadikan kawasan ini kotor.

"Bagi premis perniagaan, saya sudah berbincang dengan Yang Dipertua MPK supaya tidak mengeluarkan lesen kepada pihak berkenaan jika mereka tidak menyediakan tong sampah seperti di dalam perjanjian ditetapkan," katanya dalam sidang media.

Pada masa sama, Gunarajah berkata, pihaknya akan membantu dan memainkan peranan dalam usaha membasmi isu berkenaan sebelum tindakan dilaksanakan secara drastik.

"Kami sudah melancarkan kempen 'Clean And Green' dan beberapa aktiviti sudah dijalankan bermula April lalu sehingga kini membabitkan persatuan penduduk di kawasan berkenaan.

"Kempen ini bertujuan memberikan inspirasi kepada penduduk di kawasan berkenaan untuk menjaga dan melindungi alam sekitar serta mesra alam.

"Kami juga mendidik dan memberikan tunjuk ajar kepada kanak-kanak serta pelajar sekolah untuk menanam pokok supaya timbul kesedaran terhadap kepentingan itu," katanya.

FOTO: ASRI SAPFIE (SELANGORKINI)

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619