SELANGOR

MB: PBT perlu beri keutamaan pada pembayar cukai

18 Jun 2019, 7:22 AM
MB: PBT perlu beri keutamaan pada pembayar cukai

OLEH NADIAH ZAMLUS

SELAYANG, 18 JUN: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini perlu memberi keutamaan kepada pembayar cukai masing-masing, itu nasihat Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari.

Katanya, ia perlu bagi membolehkan PBT menerima maklum balas baik daripada setiap pembayar cukai yang terbabit.

"Ia juga selaras dengan perancangan Kerajaan Negeri untuk memberikan bonus buat penjawat awam yang berjaya mencapai gred Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

"Saya yakin melalui sasaran maksimum tiga bulan bonus ini mampu memberi motivasi kepada penjawat awam untuk laksana tugas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di ibu pejabatnya di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Negeri Gombak Setia, Hilman Idham dan Timbalan Yang Dipertua MPS, Dato' Dr Juhari Ahmad.

Majlis berkenaan turut dihadiri lebih 2,000 tetamu jemputan termasuk penduduk dan pelbagai agensi tempatan.

Amirudin berkata, beliau yakin majlis Aidilfitri itu sebagai medan untuk mengeratkan hubungan di antara kakitangan MPS dan juga pemegang taruh negeri.

"Saya lihat sambutan begitu hebat dan meriah dengan kehadiran tetamu dan percaya majlis ini bukan sahaja untuk menjamu makanan tetapi turut membolehkan hubungan di antara kita bertambah erat," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619