NASIONAL

Kanak-kanak Orang Asli kritikal di HRPZII meninggal dunia

17 Jun 2019, 3:44 AM
Kanak-kanak Orang Asli kritikal di HRPZII meninggal dunia

KOTA BHARU, 17 JUN: Kanak-kanak Orang Asli suku Batek berusia tiga tahun yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, disahkan meninggal dunia, petang semalam.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan/Terengganu, Hashim Alang Abdul Hamid berkata, Nasri Rosli yang dimasukkan ke hospital sejak sembilan hari lalu, meninggal dunia pukul 6.45 petang di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Beliau berkata, mayat kanak-kanak itu dijangka akan dilakukan bedah siasat di Unit Forensik HRPZII pagi ini bagi mengetahui punca kematian.

"Tindakan selanjutnya akan dilakukan sebaik kita mendapat keputusan hasil daripada proses bedah siasat yang dilakukan pihak hospital," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini dua kematian suku kaum Batek dari Kuala Koh, Gua Musang telah disahkan meninggal dunia akibat radang paru-paru manakala 12 lagi lagi mayat yang telah ditemui dan dikebumikan secara adat di perkampungan itu akan dilakukan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619