ad
SELANGOR

SSDU-KTMB kongsi kepakaran CCTV analitik

17 Jun 2019, 3:08 AM
SSDU-KTMB kongsi kepakaran CCTV analitik

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 17 JUN: Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) menerima kunjungan 20 warga kerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), di sini baru-baru ini.

Delegasi diketuai Pengurus Besar Keselamatan KTMB, Meyor Hamdan itu bertujuan mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan inisiatif Smart Selangor, khususnya inisiatif CCTV analitik selain berkongsi kepakaran sesuai untuk diaplikasikan pada pengurusan perkhidmatan KTMB.

Pengarah Urusan SSDU, Dr Fahmi Ngah berkata, lawatan itu menjadi medan mewujudkan kerjasama antara pihaknya dan KTMB dalam usaha mengintegrasi data Aplikasi MyRailTime Journey Planner bersama aplikasi Selangor Intelligent Transport System (SITS).

"Mod pengangkutan yang berbeza dalam satu aplikasi ini dapat memangkin kadar penggunaan pengangkutan awam oleh rakyat Selangor.

"Lawatan ini diharap sedikit sebanyak dapat memberi input yang mencukupi kepada pihak KTMB untuk digunapakai pada masa hadapan kelak," katanya.

Warga kerja KTMB turut dibawa ke Smart Selangor Command Centre untuk melihat sendiri demo ujian CCTV analitik yang mampu membuat pengecaman wajah individu, mengesan haba badan melalui kamera thermo, pengesahan pencerobohan termasuk fungsi mengira bilangan orang secara automatik.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.