SELANGOR

Tiga sekeluarga maut terperangkap dalam kebakaran rumah

14 Jun 2019, 4:27 AM
Tiga sekeluarga maut terperangkap dalam kebakaran rumah

OLEH SHEEDA FATHIL

PETALING JAYA, 14 JUN : Tiga sekeluarga dilaporkan maut dalam sebuah insiden kebakaran dekat Kampung Lindungan, di sini, tengah malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Selangor dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 2.47 pagi sebelum bergegas menghantar jentera dari BBP Petaling Jaya dan BBP Subang ke lokasi kejadian.

"Kebakaran itu membabitkan sebuah rumah teres tiga tingkat. Siasatan awal mendapati kebakaran bermula dari tingkat bawah kediaman itu.

"Terdapat tiga mangsa berbangsa India iaitu dua lelaki dan satu wanita terperangkap, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," kata kenyataan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619