NASIONAL

Jangkitan kuman terhadap orang asli sejak awal Mei

9 Jun 2019, 10:31 AM
Jangkitan kuman terhadap orang asli sejak awal Mei

 

GUA MUSANG, 9 Jun : Masalah jangkitan kuman yang melanda masyarakat Orang Asli Kampung Kuala Koh di sini telah dimaklumkan kepada banyak pihak sejak awal bulan lepas namun tiada tindakan diambil sehinggalah keadaan menjadi semakin serius.

“Mungkin jika perkara itu diambil tindakan awal keadaan akan menjadi lebih terkawal dan tidak seramai itu yang menjadi mangsa kerana kampung ini jauh dari bandar,” kata guru agama Islam Orang Asli, Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Mohd Fazdzli Mahmok.

Beliau berkata penduduk Orang Asli yang dijangkiti kuman itu mula dibawa keluar seminggu lalu selepas keadaan semakin kritikal, tetapi ramai yang diberikan rawatan sebagai pesakit luar.

Sementara itu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta semua pihak agar tidak mempolitikkan musibah yang melanda masyarakat Orang Asli Kampung Kuala Koh.

Presiden Pertubuhan Suara Anak Kelantan Darul Naim (Suara Kelantan) Che Isham Sharudin Che Hamat berkata isu itu membabitkan nyawa dan keselamatan masyarakat Orang Asli berkenaan dan langkah segera perlu diambil bagi menanganinya untuk mengelakkan keadaan lebih buruk.

"Kita semua bersimpati dengan musibah yang menimpa masyarakat Orang Asli di sana dan kita tidak mahu perkara yang dialami itu memberi ruang kepada mana-mana pihak menuding jari menyalahkan antara satu sama lain," katanya kepada Bernama hari ini.

Che Isham berkata dalam situasi ini tindakan segera perlu diambil oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat menerusi jabatan yang berkeaan. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619