NASIONAL

35 bot penambang lakukan pelbagai kesalahan dikompaun

29 Mei 2019, 3:27 AM
35 bot penambang lakukan pelbagai kesalahan dikompaun

 

KOTA KINABALU, 29 Mei: Pasukan Polis Marin (PPM) telah mengenakan kompaun terhadap 35 buah bot penambang yang melakukan kesalahan di bawah Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS), semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata pihaknya telah menjalankan Op Gelora Khas bagi memeriksa kesemua bot penambang di perairan Kota Kinabalu, berikutan beberapa kejadian kemalangan di perairan tersebut, baru-baru ini.

"Keseluruhan sebanyak 78 buah bot penambang telah ditahan dan diperiksa. Hasil pemeriksaan yang dijalankan didapati 35 buah bot penambang melakukan kesalahan antaranya antaranya membawa penumpang melebihi had, alat-alat keselamatan tidak lengkap termasuklah tiada jaket keselamatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata tujuan operasi berkenaan dijalankan untuk meningkatkan kesedaran penduduk-penduduk, komuniti nelayan dan juragan bot penambang, serta komuniti yang tinggal di pulau berdekatan, supaya lebih peka dan berhati-hati apabila menggunakan bot-bot ini.

"Juragan bot penambang juga diingatkan supaya mengendalikan bot dengan lebih cermat dan peka, supaya penumpang boleh sampai ke destinasi dengan selamat, terutamanya menjelang musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri," katanya. -BERNAMA

Foto Ihsan Facebook Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619