NASIONAL

PM ucap tahniah kepada Modi

26 Mei 2019, 5:43 AM
PM ucap tahniah kepada Modi

KUALA LUMPUR, 26 MEI: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi atas kemenangan bersejarahnya dalam pilihan raya Lok Sabha (dewan rendah parlimen) 2019.

Tahniah @narendramodi atas kejayaan anda yang jelas dalam pilihan raya India. Kami berharap dapat mengukuhkan hubungan kita terutamanya dalam perdagangan dan industri, "kata Dr Mahathir dalam ciapan tweeter, hari ini.

Khamis lepas, Modi mengetuai Parti Bharatiya Janata (BJP) mencapai kemenangan besar untuk penggal kelima dengan memenangi 303 kerusi dalam Lok Sabha yang mempunyai 543 anggota.

Parti pembangkang utama, Kongres hanya memperoleh 52 kerusi, yang tidak mencukupi untuk menduduki jawatan Ketua Pembangkang di Dewan baharu.

Semalam, Modi dilantik sebagai perdana menteri Lok Sabha ke-17.

Pengundian berlangsung hampir enam minggu untuk menampung hampir 900 juta orang yang layak untuk mengundi dalam pilihan raya terbesar dan terpanjang di dunia.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619