NASIONAL

'Tumpang' buah tangan Aidilfitri PLUS kepada pengguna

24 Mei 2019, 9:11 AM
'Tumpang' buah tangan Aidilfitri PLUS kepada pengguna

OLEH AFIX REDZUAN

SUBANG, 24 MEI: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) buat julung kalinya melancarkan video klip sempena Aidilfitri bertajuk 'Tumpang' sebagai penghargaan kepada pengguna di musim perayaan ini.

Video terbabit ditayangkan secara rasminya kepada media pada sesi taklimat Persediaan PLUS menghadapi pertambahan Trafik dan Kempen Aidilfitri di Dewan Bankuet, Persada PLUS, hari ini.

Menampilkan Muhammad Nabil Zakaria sebagai Amir dan Anuar Abd Hamid sebagai Pak Man, 'Tumpang' mengisahkan pertemuan mereka di R&R apabila Amir tertinggal bas ketika dalam perjalanan pulang untuk menyambut hari raya di Muar.

Ketua Pegawai Operasinya, Zakaria Ahmad Zabidi berkata, video Aidilfitri ini menceritakan keprihatinan PLUS terhadap pengguna lebuh raya dalam menyediakan perjalanan bermakna.

"Tanpa mengira batasan umur, latar belakang atau keturunan, kita diseru untuk saling menyayangi dan membantu di antara satu sama lain; seperti nilai dibawa PLUS sejak tiga dekad lalu/

"Adalah menjadi tanggungjawab kepada sesiapa berkemampuan dalam hidup ini untuk menghulurkan tangan kepada mereka yang memerlukan.

"Di PLUS, kami cuba melaksanakan tanggungjawab ini dengan memberikan keselesaaan dan kemudahan menerusi infrastruktur serta perkhidmatan lebuh raya kami," katanya.

Video 'Tumpang' boleh ditonton mulai hari ini menerusi laman Facebook PLUS dan YouTube melalui pautan ini https://youtu.be/JlNELUp4ZqE.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619