NASIONAL

Cermat tunggang motosikal, elak tragedi di lebuh raya

24 Mei 2019, 7:43 AM
Cermat tunggang motosikal, elak tragedi di lebuh raya

OLEH AFIX REDZUAN

SUBANG, 24 MEI: Pengguna lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) khususnya penunggang motosikal dinasihatkan supaya berhati-hati sepanjang perjalanan bagi mengelakkan kemalangan terutama di lorong kecemasan.

Ketua Pegawai Operasi, Zakaria Ahmad Zabidi berkata, penunggang motosikal merekodkan kematian lebih 60 peratus berdasarkan statistik kemalangan di lebuh raya dan diharapkan jumlah itu mampu diturunkan tahun ini.

"Berdasarkan statistik Ops Selamat 2018, sejumlah 543 kemalangan direkodkan dengan tujuh kematian berbanding 24 kematian pada 2017.

"Tahun lalu juga merekodkan lebih 60 peratus kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal. Untuk 2019, Ops Selamat akan dilakukan bermula 29 Mei sehingga 12 Jun hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Persediaan PLUS menghadapi pertambahan Trafik dan Kempen Aidilfitri di Dewan Bankuet, Persada PLUS, hari ini.

Menurutnya, penunggang motosikal dinasihatkan untuk melakukan perjalanan pada siang hari, memakai pakaian cerah atau pantul cahaya serta mengelak dari menggunakan lorong kecemasan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619