NASIONAL

MBPJ tawar rebat cukai taksiran bagi rumah mesra alam di PJ

24 Mei 2019, 5:42 AM
MBPJ tawar rebat cukai taksiran bagi rumah mesra alam di PJ

 

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID

PETALING JAYA, 24 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menawarkan rebat dalam bentuk cukai taksiran sehingga 100 peratus kepada pemilik rumah yang menjadikan kediaman mereka lebih mesra alam bagi mencapai matlamat sebagai bandaraya hijau berkarbon rendah.

Timbalan Datuk Bandarnya, Johary Anuar berkata, pemilik kediaman yang berjaya mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan air, membuat pengurusan sisa buangan dengan baik, penggunaan pengangkutan awam serta kepelbagaian biologi di kawasan rumah akan dipertimbang menikmati rebat tersebut.

"Setiap permohonan akan dinilai oleh panel penilai bebas yang dilantik MBPJ dan sekiranya mereka berjaya, pemilik rumah menerima rebat cukai berkenaan.

"Mereka yang layak menerima rebat cukai taksiran dan jumlah itu akan dikreditkan ke dalam akaun cukai mereka pada tahun seterusnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Skim Rebat Cukai Taksiran Bagi Pemilik Rumah Mesra Alam Hijau di Bilik Gerakan Tingkat Satu, Ibu Pejabat MBPJ, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam; Lee Lih Shyan, Panel Penilai Skim Rebat Cukai; Anthony Tan Kee Huat, Ketua Jabatan dan Pegawai MBPJ.

Sehubungan itu, mereka yang berminat boleh mengambil borang permohonan di kaunter Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, tingkat 20 Menara MBPJ atau memuat turun di laman sesawang www.mbpj.gov.my.

Tarikh tutup permohonan pada 31 Julai ini.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara itu, boleh menghubungi di talian 03-79541440 atau emel ke norhaizey@mbpj.gov.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619