NASIONAL

Tiada rakyat Malaysia terkesan di Indonesia

23 Mei 2019, 2:34 AM
Tiada rakyat Malaysia terkesan di Indonesia

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SHAH ALAM, 23 MEI: Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit atau terkesan secara langsung akibat demonstrasi di Jakarta berikutan pengumuman keputusan Pilihan Raya Presiden (Pilpres 2019).

Kementerian juga meminta rakyat Malaysia yang berada di Indonesia supaya menjauhi kawasan tumpuan peserta demonstrasi.

"Selain itu juga, rakyat Malaysia di Indonesia diminta mengikut perkembangan terkini dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ekoran pengumuman keputusan Pilpres 2019 pada 21 Mei, beberapa siri demonstrasi dilaporkan belaku di sekitar Jakarta Pusat bagi membantah keputusan terbabit.

Sehingga kini enam orang dilaporkan maut dan ratusan yang cedera berserta 257 suspek yang dipercayai memulakan rusuhan ditahan.

Difahamkan, kemungkinan berlaku demonstrasi besar-besaran akan dilakukan dalam masa terdekat di hadapan bangunan pejabat Komisi Pemilihan Umum (KPU) dan Badan Pengawas Pemilihan Umum (BAWASLU).

Rakyat Malaysia yang berada di sekitar Jakarta Pusat dan memerlukan bantuan konsular diminta menghubungi pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi emel mwjakarta@kln.gov.my / jkonsular@gmail.com atau telefon +62 215 224 947 / +62 813 8081 3036.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619