SELANGOR

Jangan terjebak aktiviti ekstremisme - Mohamed Azmin

22 Mei 2019, 2:10 PM
Jangan terjebak aktiviti ekstremisme - Mohamed Azmin

OLEH NADIAH ZAMLUS

GOMBAK, 22 MEI: Umat Islam tidak sepatutnya terbabit dengan aktiviti ekstremisme yang akan membawa imej buruk di mata orang bukan Islam.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, umat Islam perlu berpegang kepada prinsip kesederhanaan dan keadilan, walaupun berdepan cabaran dari dalam mahupun luar negara.

"Ramadan adalah masa terbaik untuk menggilap prinsip ini ketika berdepan cabaran yang makin getir tidak kira dalam isu politik mahupun ekonomi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Perdana dan Penyerahan Sumbangan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia 2019, di Surau Jabal Nur, di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Negeri Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham dan Ketua Pegawai Operasi Pemerbadanan Menteri Besar Selangor, Soffan Affendi Aminudin.

Pada majlis itu, seramai 500 penerima dari kawasan DUN Gombak Setia menerima sumbangan Aidilfitri daripada Kerajaan Negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619