NASIONAL

Henti tembak menembak isu kuota matrikulasi

22 Mei 2019, 2:03 PM
Henti tembak menembak isu kuota matrikulasi

ALOR SETAR, 22 MEI: Kritikan membina diperlukan dalam kepimpinan Pakatan Harapan (PAKATAN) dan sikap gemar 'tembak menembak' tidak patut berlaku kerana gabungan itu kini dalam kerajaan, bukan pembangkang.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, isu berhubung kuota matrikulasi misalnya sudah diputuskan Kabinet dan perkara berkaitannya hanya boleh dibincangkan dalam Kabinet.

"Isu ini sudah dimuktamadkan melalui keputusan konsensus dalam jemaah menteri dan ini merupakan keputusan bersama dan kalau DAPSY (Sosialis Muda DAP) tidak setuju, mereka boleh tanya menteri mereka dalam jemaah menteri.

"Perkara seperti ini harus dibincang dalam Kabinet sebab kita sekarang dalam kerajaan, bukan lagi pembangkang... tembak menembak ini sudah tidak patut berlaku," katanya kepada pemberita selepas program konsultasi dan majlis berbuka puasa bersama belia di Kubang Rotan dekat sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan beberapa pemimpin DAP, Gerakan dan MCA yang mengecam Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berhubung kenyataannya yang mengaitkan isu kuota matrikulasi dengan kehendak majikan yang mengutamakan calon fasih bahasa Mandarin.

Syed Saddiq berkata, apa yang penting setiap keputusan dibuat adalah untuk memastikan semua pihak khususnya nasib anak muda dalam golongan B40 terbela.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619