GLOBAL

Isu keselamatan halang Mkhitaryan ke Baku

22 Mei 2019, 5:05 AM
Isu keselamatan halang Mkhitaryan ke Baku

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 22 MEI: Arsenal akan mengharungi perlawanan akhir Liga Europa menentang Chelsea, minggu hadapan tanpa tonggak tengah, Henrikh Mkhitaryan selepas beliau mengambil keputusan tidak menyertai pasukan demi keselamatannya di Baku, Azerbaijan.

Pemain berusia 30 tahun itu memaklumkan, konflik berterusan antara Armenia dan Azerbaijan membimbangkan dirinya walaupun sudah ada jaminan keselamatan daripada Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).

"Selepas mempertimbangkan semua pilihan, kami perlu mengambil keputusan sukar buat saya untuk tidak berlepas bersama pasukan ke perlawanan akhir Liga Europa.

"Perlawanan seperti ini tidak datang selalu untuk kami dan saya perlu akui ia menyakitkan apabila terpaksa melepaskannya.

"Saya akan menyokong rakan sepasukan, ayuh bawa (kejuaraan) pulang," katanya di laman Instagram micki_taryan.

Sementara itu, Pengurus The Gunners, Unai Emery dilaporkan berkata beliau menghormati keputusan Mkhitaryan walaupun menyifatkan ia berita buruk buat pasukan.

Kredit Foto: Instagram Henrikh Mkhitaryan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619