NASIONAL

Sultan Haji Ahmad Shah mangkat

22 Mei 2019, 3:30 AM
Sultan Haji Ahmad Shah mangkat

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 22 MEI: Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang kelima kembali ke rahmatullah kira-kira jam 9 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, dekat sini, hari ini.

Almarhum mangkat pada usia 89 tahun bersamaan 17 Ramadan di hari Nuzul al-Quran.

Kerajaan negeri dijangka membuat pengumuman rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah yang juga Sultan Pahang kelima, menyerahkan takhta kepada anakanda baginda, Tengku Abdullah, selepas memerintah Pahang hampir 45 tahun.

Pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang pada 15 Januari lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619