GLOBAL

Insiden Christchurch: Polis NZ kemuka pertuduhan keganasan terhadap penembak

21 Mei 2019, 12:33 PM
Insiden Christchurch: Polis NZ kemuka pertuduhan keganasan terhadap penembak

MOSCOW, 21 MEI: Polis New Zealand mendakwa Brenton Tarrant, lelaki yang melepaskan tembakan maut di dua buah masjid di negara itu atas pertuduhan keganasan selain pertuduhan membunuh dan cubaan membunuh yang dikemukakan terhadapnya sebelum ini, lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan polis pada Selasa.

"Polis telah bertemu keluarga mangsa dan mereka yang terselamat dalam serangan Christchurch pada 15 Mac untuk memaklumkan pertuduhan baharu itu kepada mereka selain mengemas kini siasatan polis selain proses mahkamah seterusnya.

"Satu pertuduhan di bawah Seksyen 6A Akta Tindakan Keganasan 2002 telah dikemukakan terhadap Brenton Tarrant," menurut kenyataan itu.

Menurut polis, Tarrant kini berdepan 51 pertuduhan membunuh, 40 pertuduhan cubaan membunuh dan satu pertuduhan di bawah Akta Tindakan Keganasan.

New Zealand digegarkan dengan insiden tembakan rambang pada 15 Mac di Masjid Al Noor dan Pusat Islam Linwood di Christchurch.

Tragedi itu mengorbankan 50 nyawa dan menyebabkan 50 orang cedera.

Tarrant ditahan sejurus selepas kejadian dan berada dalam tahanan sejak itu.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619