NASIONAL

Kuota 90 peratus program matrikulasi adil - NC UTeM

21 Mei 2019, 5:43 AM
Kuota 90 peratus program matrikulasi adil - NC UTeM

MELAKA, 21 Mei: Keputusan Kementerian Pendidikan mengekalkan kuota 90 peratus kemasukan Bumiputera ke matrikulasi disifatkan sebagai adil dan selari dengan matlamat asal penubuhan program itu, kata Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof Datuk Dr Shahrin Sahib.

Beliau berkata, program matrikulasi diperkenalkan khusus untuk pelajar Bumiputera bertujuan membangunkan potensi mereka dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan pra-universiti berikutan masalah ketidakseimbangan kaum di universiti di negara ini.

"Jika dirujuk dari segi taburan demografi secara peratusan hakiki juga jelas menunjukkan Bumiputera adalah bangsa majoriti di negara ini, maka selayaknya konteks kuota pendidikan tinggi dalam negara wajar diberikan mandat kepada golongan ini.

"Jika berlaku penguncupan kepada peratusan laluan awal atau tempat Bumiputera dalam arena pendidikan tinggi maka bagaimana ianya mampu seiringan dalam memartabatkan golongan ini agar terus berdaya saing dan menguasai sektor pekerjaan profesional dalam negara seperti yang dihasratkan kerajaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, UTeM amat menghargai peranan dan pemantapan usaha kerajaan membuat keputusan untuk meningkatkan bilangan pengambilan pelajar ke program matrikulasi kepada 40,000 tempat pada tahun ini berbanding 25,000 tempat sebelum ini.

Khamis lepas, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik Maszlee dilaporkan berkata adalah sesuatu tidak adil sekiranya kuota matrikulasi bagi bukan Bumiputera dilonggarkan tetapi pada masa sama para majikan masih menetapkan syarat perlu fasih berbahasa Mandarin untuk mendapatkan pekerjaan yang secara tidak langsung menafikan hak kaum Bumiputera. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619